Rabu, 29 Julai 2009

Majlis Persaraan

Pada tanggal 17 Julai 2009, sekolah ini telah mengadakan satu majlis persaraan buat julung -julung kalinya buat Guru Pemulihansekolah ini yang berdedikasi serta berpengalaman luas di dalam membentuk dan melahirkan murid yang berjaya menguasai 3M walaupun pada awalnya murid yang ditempatkan di dalam kelas tersebut adalah kategori murid paling lemah. Beliau yang dilahirkan di Kampung Baru Menggong pada 20 Julai 2009 merupakan anak sulung daripada 8 orang adik beradik.

Pendidikan awal beliau bermula di Sekolah Kebangsaan (F) Menggong Alor Gajah, Melaka dan kemudian ke Sekolah Menengah Datok Dol Said sehingga tingkatan 3. Beliau meneruskan pelajarannya melalui pembelajaran Gaya Pos Adabi sebelum mengambil peperiksaan SPM pada tahun 1983. Sebelum bergelar seorang pendidik, beliau memulakan perkhidmatan beliau sebagai Pembantu Luar Bahagian Pendidikan di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Gombak pada 1 Ogos 1972 dan di JHEOA Shah Alam pada tahun 1979. Beliau menjadi Penyelia Asrama JHEOA pada 1 Disember 1980 dan mendapat tawaran ke Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur dalam Pengajian Melayu secara Kursus Dalam Cuti (KDC) pada tahun 1987.

Akhirnya pada 5 Disember 1992 beliau dilantik secara rasminya sebagai guru terlatih dan bertugas di SK(F) Palong 7 pada tahun 1995. Kemudian pada 1997 beliau ditukarkan ke SK Nuri Johol sebelum ke SK Keru Tampin pada tahun 2000. Pernah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2004 sebelum ditukarkan ke SK Sungai Jai Lenggeng sehingga detik persaraannya. Beliau seorang yang berkemahiran di dalam subjek ekonomi rumahtangga turut berkongsi ilmu yang ada dengan warga guru sekolah ini. Segala nasihat dan teguran beliau bagaikan ibu menegur anak-anak turut diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas pemulihan. Beliau amat disenangi oleh warga tempatan terutama penjaga murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran.

Kami warga sekolah ini mengucapkan ribuan terima kasih dan semoga beliau berjaya menjadi usahawan dan berbahagia bersama keluarga tercinta selepas bersara.