Bangun pagi-pagi
pergi sekolah jalan kaki
perut sudah isi
rasa senang hati
Belajar pandai-pandai
untuk masa depan
dapat berdikari
buat perubahan
Murid-murid SKSJ ramai bijak pandai
kuasai teknologi, pengetahuan pun tinggi
hidup pun bererti
Jangan buang masa
timba sahaja ilmu
hidupkan sempurna
banyaklah berjasa
Maralah kehadapan
cipta kejayaan
eratkan perpaduan
menuju wawasan
Bila sudah berjaya
jangan lupa pada Tuhan
hayatilah agama
juga rukun negara
Malaysia maju jaya