Wakil komuniti setempat, penjaga murid
turut hadir memeriahkan majlis
dan YB ADUN Lenggeng menyampaikan hadiah.
YB sedang berucap
sementara para jemputan VIP yang lain
yang sempat hadir
termasuk JKKK Kg. Sg Jai
mendengar dengan tekun
bicara YB mereka.
Semasa larian...
Ada yang dibantu oleh PBSM SMDKPL.
Ada juga yang cekal
meneruskan larian kerana
mereka juga tidak ingin mengalah.
Antara laluan
yang perlu dilalui
oleh peserta sebelum
tiba di garisan penamat.
SEBELUM LARIAN...
Antara tenaga guru
yang sanggup berkhidmat
walaupun hari Sabtu.
Sebelum memulakan majlis,
aktiviti regangan otot badan
di ketuai oleh tuan rumah.
Antara atlet
yang sedang
bersiap sedia
untuk memulakan larian.
GPK KO-KU sedang menyemak tugas dan tanggungjawab Jawatan Kuasa RIMUP.
7 Nov 2009 ( Sabtu )
Satu majlis larian telah dijalankan saban tahun iaitu RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) di mana giliran sekolah ini menjadi tuan rumah dan dalam erti kata lain Larian Mesra 1 Malaysia ini dahulunya dikenali dengan nama merentas desa telah dilaksanakan sejauh 4km. Di atas ada beberapa aksi yang sempat dirakam semasa ianya berlangsung. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.
Bermula dengan aktiviti regangan dan dilepaskan semua peserta 10 murid dari SJKC Kg. Baru Broga dan 10 murid SK Ulu Beranang serta 10 murid tuan rumah sendiri. Untuk memeriahkan program tersebut, pihak sekolah telah membawa masuk bersama Program Larian Merentas Desa KO-Kurikulum 2009 yang disertai oleh murid tahun 3 hingga tahun 6 dan dibahagi kepada 3 kategori. Ketegori RIMUP, murid bawah 12 tahun lelaki dan perempuan dan ketegori bawah 10 tahun lelaki dan perempuan di samping 10 hadiah pemenang larian tersebut bagi kategori RIMUP.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB ADUN Lenggeng yang juga menyampaikan sumbangan beliau kepada ketua aktiviti komuniti kampung dan taman di dalam majlis tersebut. Majlis bersurai jam 12 tengahari.
Tidak sabar menanti majlis penyampaian hadiah.