Khamis, 19 November 2009

Pengumuman UPSR 2009

Anis Shahira Nor Effendi 4A 1B
Nurafifah Abdul Aziz 2A3B
Debaran menanti keputusan UPSR terjawab akhirnya apabila hanya seorang sahaja yang memperolehi 4A 1B. Agak mengejutkan juga apabila tidak ada satu pun murid target yang berjaya memperolehi 5A. Post mortem harus di buat untuk mencari di mana punca kemenjadian murid itu gagal. Gred Purata Sekolah (GPS) hanya 2.8 dan sesuatu yang drastik perlu difikirkan bersama untuk meningkatkannya semula. Berdasarkan analisa yang dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang dibacakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Tan Sri Alimuddin Bin Md Dom, "...walaupun peratus lulus mata pelajaran Matematik dan Sains meningkat tetapi calon menjawab soalan tersebut di dalam Bahasa Ibunda masing-masing". Ini jelas menunjukkan mata pelajaran Bahasa Inggeris masih menjadi 'the killer subject'. Justeru penekanan terhadap semua mata pelajaran juga harus seimbang bagi memastikan hasrat kita untuk berjaya tercapai. Walau bagaimanapun tahniah buat Anis Shahira Nor Effendi dan buat guru-guru yang telah mencuba sebaik mungkin. Barangkali rezeki belum berpihak pada kita pada tahun ini. Insyallah , tahun hadapan kita dapat menebus semula kekecewaan ini dengan menukar strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran serta memperbanyakkan aktiviti yang dapat meningkatkan motivasi diri murid, ibu bapa dan guru sendiri ke arah kecemerlangan yang diimpikan selain komitmen daripada semua pihak.