Salam buat semua pembaca terutama sekali warga sekolah ini semoga berkeadaan baik dan beriltizam dengan semangat baharu ke era tahun baharu tidak lama lgi. Seperti yang kita semua sedia maklum, esok 28 Disember 2009 Isnin jam 8.30 pagi merupakan hari pertemuan untuk kita bermusyawarah merangka perjalanan sekolah kita dalam melahirkan insan kamil yang bermutu tinggi. Di samping membuka lembaran baharu dalam dunia pendidikan kita usah sesekali menoleh ke belakang kerana semalam adalah sejarah jadikan ianya panduan, hari ini adalah kenyataan hidup jadikannya sesuatu yang bererti dan esok adalah perancangan impian kita dan ianya belum pasti terjadi namun segala usaha yang direncanakan biarlah benar-benar menjadi dan bukan sekadar angan-angan kosong belaka. Semua perancangan dan aktiviti kita pastinya melibatkan kos yang bukan sedikit dan itulah pengorbanan namanya dan pengorbanan pastinya didahului dengan kesakitan dan keperitan sebelum munculnya kebahagiaan.
Mesyuarat Pengurusan 2010