16 Disember 2009 Rabu
Hampir seminggu juga saya tidak mengemaskini ruangan ini. Ternyata cuti yang panjang bukan sahaja untuk merehatkan minda diri sendiri tetapi banyak juga hati-hati yang perlu dihiburkan dan difikirkan keperluan mereka. Bagi mereka yang tidak terikat dengan tugas seperti ini pastinya keseronokan yang tidak terkira dan tidak terluah dengan kata-kata kerana masa emas mereka dipenuhi dengan pelbagai agenda semasa 'cuti terpaksa' ini. Sebagai manusia kita berhak untuk bercuti ketika kita merasakan badan dan minda kita hendak bercuti. Malangnya sebagai pendidik 'hak bercuti' tiada dalam kamus pendidik kecuali atas budi bicara majikan kita yang sudi mengizinkannya di saat kita memerlukan 'cuti rehat' bila tiba 'waktu' itu.
Berbalik kepada tajuk di atas, suasana baharu yang saya maksudkan:- jalan yang telah diturap sepenuhnya di dataran perhimpunan kita kelak menjadi saksi sejarah melakarkannya.Tiada lagi debu-debu atau serpihan kayu kesan pembinaan bangunan baharu. Malahan kita semua akan mulai mengukir kejayaan demi kejayaan sejajar dengan target yang disasarkan oleh pihak sekolah setelah kegagalan menyerlah pada tahun ini.
Segalanya bermula di Tahun 1 yang merupakan tapak dan akar sebatang pohon yang rendang dan kukuh tegak berdirinya dibuai alunan angin kencang ia tetap tidak berkalih walaupun seinci malahan buah yang dihasilkan juga boleh dipetik dan dinikmati bersama-sama. Bukan dari ranting atau pucuk yang perlu dibajai atau disiram tetapi di pangkal pokok juga tumpahnya air atau dibajai pohon itu. Justeru, marilah kita bersama-sama memastikan agar akar pokok yang ditanam benar-benar kukuh sebelum tumbuh membesar seperti yang kita kehendaki. Usah sesekali dibuang buah yang sedang berputik atau buah yang kelihatan rosak tetapi tambahkanlah ia dengan bahan penawar atau sapukanlah ubat bagi memelihara buah itu dari di serang serangga perosak atau apa sahaja langkah yang wajar diambil bagi memastikan ada hasilnya. Tak usah juga kita salahkan tuan punya tanah jika buah yang terhasil tidak dapat memenuhi permintaan pasaran kerana kita perlu kembali melihat kepada perancangan yang telah dilakarkan. Begitulah perumpamaannya jika sebagai guru kita perlu menyamakan diri sebagai petani yang menanam pokok itu. Jangan padi yang ditanam tetapi lalang yang tumbuh. Selidikilah tetapi usah kesali apa yang telah berlaku, lihatlah di hadapanmu... pasti ada hikmahnya ujian dari Yang Esa... insayaallah... Allah hanya menguji insan yang bisa menahan ujianNya. Walau apapun semua pihak terlibat untuk menuju mercu kejayaan.