Sabtu, 9 Januari 2010

Anjakan Paradigma?

Rabu 6 Januari 2010
Jam 9.30 pagi.

Bukan tidak menduga, malah pihak sekolah telah pun bersedia untuk menerima kunjungan pihak Jemaah Nazir & Jaminan Kualiti dan Bapa Angkat ke sekolah pada tahun ini memandangkan kemerosotan keputusan UPSR 2009 yang lalu adalah di luar jangkaan tetapi tidaklah seawal hari ketiga persekolahan. Namun, semuanya telah dapat diatasi secara profesional tanpa ada sebarang masalah. Mereka juga hanya menjalankan tugas dan kami di sekolah pun hanyalah menurut perintah. Sudah menjadi tanggungjawab seorang pendidik untuk menghadapi sebarang rintangan tanpa menoleh ke belakang dan terus merancang segala aktiviti berdasarkan keperluan semasa.

Dengan pertambahan tiga orang pendidik yang mulai berkhidmat pada 4 Januari 2010 diharapkan prestasi murid yang bermula di Tahun 1 sehingga ke Tahun 6  akan menunjukkan pencapaian yang lebih memberangsangkan selari dengan kehendak MKRA yang telah ditetapkan. Semoga pihak ibu bapa serta anak didik sekalian turut memainkan peranan masing-masing di rumah untuk melipatgandakan usaha dan membuat latihan yang berterusan tanpa jemu sehingga beroleh kejayaan. Bak kata pepatah Melayu, belakang parang kalau diasah lagikan tajam.  Justeru itu, marilah semuanya bersama mengorak langkah ke arah yang sama tanpa lupa memanjatkan doa dan mohon keberkatan Illahi agar harapan kita menjadi kenyataan insyaallah...Kepimpinan Melalui Tauladan perlu menjadi teras utama. Di dalam bilik darjah gurulah pemimpin anak didiknya, di rumah ibu bapa pemimpin anak-anak mereka. Berikanlah contoh yang terbaik kepada mereka  sebagai ikutan.