Sabtu, 23 Januari 2010

Lawatan Kerja Pegawai JPNS

Tanggal 19 Januari 2010 jam 9.15 pagi pihak sekolah telah menerima kunjungan Pegawai dari Unit Kurikulum JPNS Pn Hjh Hida yang bertanggungjawab memantau Program Transisi Tahun 1. Beliau yang hadir bersendirian hanyalah melaksanakan tugas dan amanah untuk melihat perkembangan murid-murid Tahun 1 di minggu ketiga dalam menjayakan Program Transisi. Beliau juga kemudiannya telah sudi berkongsi hasil dapatan pemantauan beliau dengan guru-guru yang terlibat dengan Tahun 1 dan Ketua-ketua Panitia yang berkelapangan dan berkumpul di Makmal Komputer jam 10.30 pagi. Taklimat beliau berakhir jam 11.15 pagi dan pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas perkongsian pengalaman beliau dalam mendidik anak bangsa suatu ketika dahaulu ketika menjadi guru. Berikut antara gambar yang sempat dirakam oleh juru foto sekolah untuk tatapan umum.

Pegawai dari Unit Kurikulum JPNS
Pn Hjh Hida  memberi teguran positif
untuk diambil tindakan yang sewajarnya 
bagi membentuk pelajar yang celik ilmu
di mana segalanya bermula dari Tahun 1.

    Pn Hjh Hida sedang berkongsi
pengalaman mengajar sebagai 
seorang guru sekolah rendah 
sebagai panduan warga 
guru muda SKSJ.
Perkongsian ilmu yang perlu 
disebarluaskan dan diadaptasi 
dengan keperluan sekolah.

Pada tanggal 21 Januari 2010 jam 2.30 petang pula, pihak sekolah telah menerima lawatan dari Ketua Sektor Akademik JPNS Tuan Mohd Isah Bin Ismail yang bertanggunjawab melaksanakan tugas beliau dalam halatuju KPI sekolah ini agar dapat menyumbangkan peratus yang tinggi di dalam UPSR akan datang. Di samping berkongsi maklumat mengenai profesion perguruan, beliau yang juga bapa angkat SKSJ ini turut memberikan perangsang kepada semua warga guru untuk bersatu dan bekerja dalam pasukan yang menuju kecemerlangan bersama pihak sekolah dan JPNS secara profesional. Majlis berlangsung di Makmal Komputer SKSJ dan tamat jam 5.05 petang. Berikut antara gambar yang sempat dirakam.
                
Tuan Guru Besar mengalu-alukan 
kehadiran Ketua Sektor Akademik JPNS 
Tuan Mohd Isah yang juga merupakan 
bapa angkat SKSJ buat tahun 
kedua berturut-turut.

KSA berkongsi maklumat dan dapatan
kemenjadian murid SKSJ untuk 
dipertingkatkan lagi di masa hadapan. 

KSA dibantu oleh 
Pn Siti Sunarti untuk 'presentation'