Isnin, 8 Mac 2010

KHIDMAT BANTU

8 Mac 2010 Isnin Jam 9.00 pagi

Satu pemantauan yang bersifat memberikan bimbingan secara terus kepada Guru Perpustakaan dan Media ( GPM ) telah dijalankan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan dari Pusat Kegiatan Guru Mantin dengan jayanya.

Banyak perkongsian ilmu telah berlangsung secara ilmiah dan tunjuk ajar yang diberikan oleh Puan Rohayu amat berfaedah dan sangat menyumbang kepada pembangunan Pusat Sumber Sekolah (PSS) ke arah kecemerlangan yang diingini oleh semua PSS.

Selain daripada memantau perpustakaan, makmal komputer juga turut dilawati.Menurut juru teknik yang turut serta dalam pemantauan tersebut telah mendapati bahawa router sekolah ini sekali lagi dilanda masalah yang menyebabkan ganguan schoolnet berlaku semenjak 2 minggu yang lalu.

Mereka sempat juga melihat perkembangan yang berlaku dalam pengurusan sistem pemfailan PSS. Tidak ketinggalan makmal Sains dan Bengkel KH. 

Pihak sekolah amat berterima kasih dan sangat mengalu-alukan proses khidmat bantu selanjutnya dalam usaha 'set-up' semula PSS yang mengalami dan melalui proses evolusi selepas pembinaan bangunan baharu walaupun bukan bangunan PSS tetapi pihak pengurusan PSS amat bersyukur diberikan sebuah bangunan pejabat lama yang direnovasikan sebagai PSS dan bilik tayang sekolah khas buat anak didik SK Sungai Jai Lenggeng. 

Diharapkan agar selepas bantuan yang diberikan ini PSS SKSJ akan melangkah ke hadapan dengan lebih berkeyakinan dan dapat membantu sekolah membentuk sahsiah murid dan menjana minda yang lebih intelektual.