Isnin, 22 Mac 2010

MEMPERKASAKAN PROGRAM NILAM

22 Mac 2010, Isnin
Tuan Guru Besar yang baharu Encik Ismail Bin Mad Isa telah melancarkan satu program yang pertama bagi kemunculan beliau di sekolah ini iaitu Memperkasakan Program NILAM yang di dapati wajar mendapat tempat teratas dalam memajukan diri bermula dari minda yang positif, kreatif dan berwawasan. Langkah pertama dengan wujudnya "One Stop Library" untuk sudut bacaan buku berbahasa Inggeris dan akan ada satu lagi sudut bacaan buku berbahasa Melayu di luar perpustakaan agar murid mudah mendapatkan bahan bacaan kegemaran mereka tanpa berada di Anjung Ilmu. 
( perpustakaan )
Ucapan perasmian yang pertama 
sebagai Guru Besar di hari 
pertama bersama murid SKSJ

Di dalam ucapan tersebut, beliau juga berhasrat untuk menjadikan Program NILAM bukan sahaja untuk murid tetapi guru dan warga SKSJ. Satu anjakan paradigma telah bermula. Titik perubahan ke arah lebih positif kini menguasai persekitaran sekolah secara perlahan-lahan. Semoga hasrat murni ini mendapat sokongan dan komitmen yang tinggi daripada semua murid, guru SKSJ khasnya dan komuniti Sungai Jai amnya.

Murid tahun 6 mendendangkan Lagu NILAM