Khamis
11 Mac 2010
2.30 petang
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35 ini telah dihadiri oleh wakil ADUN Lenggeng kerana YB Tuan Mustafa Bin Salim berada di Seri Menanti atas urusan kerajaan negeri. Majlis dimulai dengan nyanyian Lagu Kebangsaan dan bacaan doa oleh Tuan Haji Idzhar.
Keputusan daripada mesyuarat tersebut amat baik bagi pembangunan akademik anak didik SK Sungai Jai di mana kutipan dana UPSR telah diterima sebulat suara. Adalah menjadi harapan ahli PIBG sekolah ini melihat banyak lakaran kejayaan dapat dikecapi kelak setelah pelbagai agenda ke arah kecemerlangan dilaksanakan kelak.
Walau bagaimanapun, mesyuarat ini telah melakar sejarahnya tersendiri di mana ianya merupakan mesyuarat terakhir yang di hadiri oleh Tuan Guru Besar sekolah ini yang amat dikasihi oleh semua warga Sungai Jai kerana beliau bakal memulakan tugas pentadbiran di sekolah baharu. Suasana agak terharu dan hiba berlaku apabila hari ini adalah hari terakhir beliau menerajui tampuk kepimpinan di sekolah ini. Sebagai pegawai kerajaan beliau dengan hati terbuka menerima arahan pertukaran tersebut dan telah pun melapor diri di Sekolah Kebangsaan Kampung Daching sekolah jiran Sungai Jai.

Beliau telah mula berkhidmat di sekolah ini sebagai guru besar mulai Julai 2007 dan sepanjang beliau di sekolah ini pihak sekolah pada ketika itu telah mula melalui proses perpindahan kerana pembinaan bangunan baharu dan mengalami proses yang memeritkan untuk menempatkan murid seramai 145 orang ketika itu hanya di sebuah bangunan lama yang boleh menampung 3 kelas dan bangunan pejabat yang dijadikan stor sebelum mendapat 4 unit kabin bagi meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran sehingga bangunan baharu siap di bina pada November 2009 yang lalu dan proses perpindahan ke bangunan baharu dapat dilakasanakan dengan bantuan PIBG. Hubungan baik dengan komuniti adalah antara sikap terpuji yang cuba diterapkan beliau telah membuahkan kejayaan tersebut. Pelbagai lakaran suka dan duka bersama beliau tetap abadi tersimpan di album kenangan kami warga sekolah kerana fleksibiliti beliau sukar di cari ganti. Walau bagaimanapun, tahniah dan terima kasih diucapkan daripada kami barisan AJK PIBG sesi 2009 / 2010 di atas sumbangan yang telah diberikan bagi memajukan sekolah ini sepanjang perkhidmatan beliau. Semoga usaha murni yang bakal dinikmati oleh warga sekolah baharu dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Selamat Maju Jaya.