Selasa, 16 Mac 2010

Selamat Datang Guru Besar Baharu

Ahlan wahsalan...
Tanggal 12 Mac 2010 bersamaan dengan hari Jumaat yang mulia iaitu penghulu segala hari, SK Sungai Jai telah menerima seorang Guru Besar baharu yang didatangkan khas dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan untuk menerajui tampuk pengurusan sekolah ini. Beliau bertugas di Unit Naik Pangkat JPNS selama hampir 2 tahun sebelum dilantik sebagai pentadbir sekolah.

Beliau seorang pencinta buku dahulunya pernah bertugas selama 18 tahun di bidang teknologi pendidikan dan kaya pengalaman dalam bidang penghasilan BBM dan penggunaan teknologi dalam pendidikan. Pihak sekolah amat bertuah mempunyai seorang guru besar yang tidak lokek dengan ilmu dan sentiasa sudi berkongsi pengalaman mengenai cara-cara menangani masalah pembelajaran murid dalam bilik darjah.

Hari pertama beliau di sekolah ini, kami telah ditaklimatkan mengenai akujanji beliau terhadap tanggungjawab yang baharu diterima di samping sesi suai kenal dengan warga guru SKSJ yang turut dihadiri Pegawai Pelajaran dari Pejabat Pelajaran Seremban Encik Suhaimi dan Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Mantin Puan Rahayu Salam.

Di dalam taklimat ringkas tersebut, beliau berazam untuk menjadikan PSS duduk sama tinggi dengan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas di samping menjadikan warga SKSJ warga yang cintakan ilmu. Ia merupakan cabaran hebat bagi GPM sekolah dan pasukan Jawatan Kuasa Kerja PSS

Hasrat tersebut telah direalisasikan dengan meminta semua guru untuk membeli dan membaca sebuah buku nukilan Norbi Husin berjudul "Gurukah aku atau...?". Semua guru perlu bersedia membaca dan memahami kisah yang tercoret di dalamya yang sangat memberikan kesan kepada warga pendidik  khasnya dan menjadikan iktibar ketika menjalani kehidupan sebagai pendidik yang disegani.

Walaupun banyak perubahan yang akan dibuat namun semuanya demi mencapai kecemerlangan sekolah. Semoga Guru Besarbaharu berjaya menempa kejayaan insyallah. Kami sedia membantu demi anak didik tercinta.