Sabtu, 3 April 2010

TRANSFORMASI

Salam sejahtera buat semua pembaca,

Agak lama juga tidak mencoret di ruangan ini kerana proses transformasi sedang berlaku. Nampaknya, dengan pentadbir baharu banyak juga perkara perlu diberikan lebih perhatian sementelah dengan fizikal sekolah yang turut menuntut pengorbanan yang lebih daripaa warganya. 

Bermula dengan pemantauan terperinci jemaah nazir, diikuti pula dengan pelantikan barisan AJK PIBG ( guru ) 2010/2011 yang baharu melalui undian serta musyawarah bertema antara unsur yang positif cuba diterapkan perlu di puji.

Berdasarkan prinsip menepati masa, mengisi masa dengan membaca, menjadi role model kepada murid antara budaya yang perlu diamalkan oleh semua warga SK Sungai Jai. 
Maka benarlah kata-kata, "BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL" yang selalu diwarwarkan ketika minggu ke-11 oleh guru bertugas dan pernah diucapkan juga pada tahun 2009. 

Buat penjaga dan ibu bapa murid, pintu pejabat sekolah sentiasa terbuka untuk musyawarah jika berkeperluan kerana pihak sekolah sentiasa mengalu-alukan pandangan dan cadangan jika ada untuk bersama-sama memajukan sekolah ini demi anak bangsa.

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Sucikanlah hati dan jiwa dengan kemaafan yang ikhlas dari sanubari agar sama-sama dapat menyumbang ke arah kebaikan dan pahala di akhirat.

Renung-renungkanlah, rasa-rasa, fikir-fikir dan selamat beramal.