Selasa, 18 Mei 2010

CIPTA 'REKOD DUNIA?'

Selasa
18 Mei 2010

Hari ini pihak sekolah telah menganjurkan Sambutan Hari Guru dengan kerjasama PIBG. Sambutan yang agak sederhana tetapi meriah dengan beberapa aktiviti seperti Bacaan Yassin, nyanyian Lagu Tema Hari Guru dan mendengar ucapan dan perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia melalui tayangan video yang disediakan.

GURU BESAR SEDANG BERUCAP
Majlis tersebut dikatakan telah memecahkan tradisi sambutan hari guru  yang biasa dijalankan di semua sekolah di Malaysia. Menurut Tuan Guru Besar SK Sungai Jai Lenggeng, Encik Ismail Bin Mad Isa di dalam ucapan beliau menyatakan bahawa sekolah ini telah melopori dan 'mencipta rekod dunia' untuk pertama kalinya meraikan bersama-sama Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Kawasan Mantin, Puan Rahayu binti Salam dan tiada aktiviti permainan dijalankan seperti kebiasaannya.

 SEKADAR BERTANYA KHABAR DENGAN 
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN PKG MANTIN

Justeru, majlis sambutan pada tahun ini amat bermakna bukan sahaja bagi warga guru sekolah ini tetapi mereka yang menikmati gred gaji DG. 
 CENDERAMATA SEMPENA HARI GURU 
DARIPADA WARGA SK SUNGAI JAI BUAT PN RAHAYU

Beliau juga menyatakan bahawa hampir dua puluh tahun beliau tidak menyambut Hari Guru di sekolah bersama murid-murid kerana bertugas di Bahagian Teknologi Pendidikan dan akhirnya pada tahun ini  di sebuah sekolah kampung dalam daerah Seremban  hasrat beliau untuk turut meraikan dan diraikan semula sebagai guru terlaksana sudah dan ianya adalah satu momen yang sungguh memberi erti yang besar.

SAJAK DRP MURID TAHUN 6
Majlis tersebut juga telah diwarnai dengan persembahan murid yang pelbagai termasuk nyanyian koir murid Tahun 3 dengan Lagu Gembira, deklamasi sajak oleh Ketua Murid, adik Ikmal Izzuddin bin Jamaludin bersama rakan-rakan Tahun 6, persembahan pentomim oleh murid Tahun 5, nyanyian berkumpulan murid Tahun 6 dan persembahan trio murid tahun 5. 

 PENTOMIM DRP MURID TAHUN5

Majlis diakhiri dengan tayangan video pengajaran dan pembelajaran murid Tahun 5 dan Tahun 4.
MENERIMA HADIAH MENGIKUT CABUTAN
 
Kemuncak majlis adalah pertukaran hadiah di antara warga guru di mana semua guru menyediakan hadiah yang bernilai RM 20.00 melalui cabutan nama guru dan disampaikan oleh YDP PIBG Encik Abdul Halim.

PUAN NADIAH MENERIMA HADIAHNYA
 
GURU MENERIMA HADIAH MENGIKUT CABUTAN

Majlis jamuan makan tengahari turut disediakan untuk para tetamu jemputan yang terdiri daripada YDP PIBG dan AJK PIBG yang berkesempatan memenuhi undangan tersebut.

AJK PIBG YANG HADIR

Berikut beberapa aksi hadirin di majlis tersebut.
DRAMA PENTOMIM

KENANGAN TERINDAH BERKUMANDANG
WATAK SEBAGAI GURU, PEGUAM DAN MURID

BERSAMA RAKAN BAIK GPK
DI SEBALIK PERJALANAN MAJLIS 
TENAGA  BELAKANG TABIR...

ANTARA ADEGAN DALAM 'KELAS'