Isnin, 10 Mei 2010

Rombakan Kecil 'Kabinet' PSS

Jika dalam kabinet kementerian berlaku rombakan, apatah lagi jika dalam jawatan kuasa kerja PSS di sekolah. Walaupun kedengaran seperti sesuatu yang agak pelik tetapi ia dilakukan bagi memberikan lebih tumpuan kepada guru tahun 6 yang turut menjawat jawatan GPM. Demi sebuah kejayaan yang diburu oleh pihak sekolah, ibu bapa, murid-murid dan guru-guru sekolah ini, pengorbanan ini mesti dibuat segera.

Jika sebelum ini jawatan Guru ICT, Guru Makmal Komputer dan Guru NILAM dipegang  oleh orang yang sama, kini Guru Data perlu bertanggungjawab pada ICT dan Makmal Komputer. Bagi NILAM sewajarnya diterajui oleh GPM sekolah yang lebih memahami perjalanan PSS dan aktivitinya.

Selain daripada itu, semua guru bilik khas mata pelajaran dibubarkan dan menganggotai secara bersama bilik BBM, bilik APD, dan perpustakaan.

Biarpun akan ada suara ketidakpuasan hati daripada beberapa pihak, namun pentadbir sekolah mempunyai hak mutlak  untuk mengatur dan menyusun semula struktur organisasi PSS yang menjadi nadi kepada sesebuah institusi  pendidikan seperti sekolah ini. Sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan yang dilatih untuk menurut perintah dan bekerja dengan memegang amanah ianya pasti tidak menyulitkan malah adalah fenomena biasa dalam dunia pendidikan.

Semoga dengan sedikit perubahan tersebut dapat menyumbang kepada perkembangan positif murid  dan pihak sekolah berjaya mencapai misi dan visi yang disasarkan, insyallah... 