Selasa, 27 Julai 2010

KEJAYAAN BERGANDA!!!

TAHNIAH DAN SYABAS!!!

Benarlah kata pepatah Melayu lama..."kalau tak dipecahkan ruyong, manakan dapat sagunya".Akhirnya penantian SKSJ untuk memecahkan tembok kegagalan berakhir jua...Walau hanya berbekalkan semangat dan sedikit pengalaman lalu akhirnya Tokoh NILAM PKG Mantin bagi Tahun 2010 menjadi milik Adik Nur Syafiqah Athirah Binti Mohd Aziz yang berjaya menewaskan 6 peserta lain dari sekolah-sekolah di PKG Mantin. Malahan, kejayaan itu dikongsi bersama dengan sahabat baiknya Nurul Natasya Binti Ruslan yang mendapat tempat kedua. 

Ketika sesi 1 (penulisan)

Hasrat pihak sekolah untuk menjadi yang pertama mulai menunjukkan tunasnya dan diharapkan agar terus bercambah dan terus mekar menghijau dari  semua aspek. 

Kali pertama SKSJ menyertai pemilihan tersebut adalah pada tahun 2008 yang diwakili oleh Adik Nurafifah Binti Abdul Aziz ( tempat ke-3 ) dan  pada tahun 2009 diwakili oleh Adik Nurul Alifah Binti Mohmad Norlan ( tempat ke-2 ). Syukur pada tahun 2010 SKSJ menghantar dua peserta dan berjaya merangkul dua tempat teratas merupakan satu bonus.

Pada hari Khamis 29 Julai 2010 jam 8.30 pagi akan diadakan pemilihan Tokoh NILAM peringkat Daerah Seremban pula. Persaingan yang lebih sengit akan menjadi cabaran buat peserta yang bertanding. Jika ada rezeki SKSJ insyallah, persediaan yang lebih rapi perlu dibuat segera untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Doa dan harapan buat Adik Athirah mengiringimu dari kami warga SKSJ. Buatlah yang terbaik untuk diri sendiri dan kawasan PKG Mantin.

Berikut keputusan penuh Pemilihan Tokoh NILAM PKG Mantin Tahun 2010 yang berlangsung di PKG Mantin jam 2.00 - 5.30 petang:-

Johan             :      Nur Syafiqah Athirah Binti Mohd Aziz
Naib Johan     :      Nurul Natasya Binti Ruslan
Ketiga            :     Nurul Syafiqah ( SK Sg Machang )