Ahad, 29 Ogos 2010

PEMANTAUAN PENUTUP 2010

Pihak sekolah telah menerima surat makluman mengenai kehadiran sekumpulan Jemaah Nazir Persekutuan seramai 5 orang untuk melengkapkan tugasan mereka bagi tahun 2010 ini. Sebagai tuan rumah, semestinya khidmat yang terbaik akan diberikan sepanjang 2 hari mereka berada di sini mulai 1 hingga 2 September 2010. Apapun, kami di SKSJ bersedia menerima sebarang teguran membina dan berterima kasih di atas keperihatinan pihak Jemaah Nazir membantu pihak sekolah menangani masalah yang pernah timbul sebelum ini dengan penyelesaian yang amat bertoleransi tanpa sebarang isu yang berpanjangan.

Buat warga SKSJ laksanakanlah tugas dan tanggungjawab kita sebaiknya seperti biasa dan buat anak didik sentiasa pelihara disiplin dan akhlak kalian sepanjang Ramadhan ini walaupun ujian baru sahaja selesai dijalankan dan sabarlah menanti keputusan dalam sehari dua ini insyallah.