Isnin, 30 Ogos 2010

SALAM KEMERDEKAAN...

Menginjak tarikh 31 Ogos 2010 pasti membawa sedikit rasa keterujaan terhadap suntikan patriotisme yan tersemai di dalam hati semua rakyat Malaysia. Mahu tidak mahu pasti ada sekelumit rasa bangga yang teramat di atas kedamaian yang dinikmati selama ini. Menjadi kewajipan warga negara Malaysia untuk turut menyumbangkan dan merealisasikan kecintaan kita terhadap negara yang bebas ini walaupun hakikatnya kadangkala kita dibelenggu rasa tidak selesa apabila penjajahan secara pemikiran yang dangkal terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan menjurus kepada ketidakpuasan hati beberapa pihak yang mana ianya tidak wajar ditangkis melalui emosi tetapi wajar melalui prosedur perundangan dan kedaulatan undang-undang yang diamalkan sekian lama.

Kita memang tidak lagi dijajah dalam mentadbir negara, tetapi penjajahan tersebut telah melalui transformasi yang tidak kita sedari dalam kehidupan seharian. Penggunaan barangan bukan buatan Malaysia seperti kenderaan yang kita pandu setiap hari adakah keluaran tempatan? Makanan yang kita beli di restoran atau kedai terjaminkah kehalalannya? Pakaian dan keperluan dapur di rumah kita adakah produk keluaran Malaysia atau sebaliknya? Dimanakah bukti kata-kata bahawasanya slogan Kami Anak Malaysia itu dihayati? Mengapakah kita mesti mengizinkan diri kita dijajah dari aspek lain dalam zaman IT yang semakin membangun ini? Tepuk dada, tanyalah akal...penjajahan cara moden terus menular sehinggakan kini kita asyik dihidangkan dengan isu-isu yang tidak wajar timbul seperti gejala sosial yang semakin parah, pembunuhan sesama manusia yang bermaharajalela di mana  ada pihak yang sewenamg-wenangnya mendapat bekalan senjatapi begitu mudah untuk tujuan negatif. Kedamaian dan kemakmuran hidup harmoni di kalangan kepelbagaian budaya dan kepercayaan mulai dicarik. 

Salah siapa? Justeru bukan itu persoalannya. Semai dan pupuklah generasi muda dengan sejarah anak bangsa dan kerukunan hidup bersama bukan sahaja di kalangan kepelbagaian kaum tetapi sesama Islam turut wajar diberi perhatian agar keharmonian ini dapat dikekalkan kerana ianya tidak dapat diwarisi.

1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI