Selasa, 17 Ogos 2010

SELAMAT DATANG GPK 1...

Sejarah tercipta lagi pada hari ini di mana SKSJ telah menerima seorang guru lelaki yang akan menambahkan bilangan spesis lelaki yang kian pupus di SKSJ iaitu Encik Hasan Bin Maksom yang menjawat jawatan sebagai GPK 1 sekolah yang baharu menggantikan Puan Sadiah yang telah bersara 2bulan yang lalu. "Selamat datang diucapkan, salam perkenalan kami berikan, semoga tuan mendapat keberkatan, menabur budi dan bakti bersama kami sepasukan."

Beliau yang merupakan bekas GPK HEM di SK Datuk Syahbandar Abu Bakar Nilai mempunyai bidang pengetahuan dan pengalaman yang luas terutama sekali di bidang Matematik walaupun pengkhususan beliau adalah Pengajian Melayu. Perkongsian ilmu adalah wadah terbaik untuk bersama menjayakan kepelbagaian program yang berkualiti untuk manfaat anak-anak didik di Sungai Jai ini wajar direalisasikan kelak insyallah.

Sekali lagi pihak sekolah amat mengalu-alukan kesudian Cikgu Hasan untuk bersama melayari bahtera ini untuk selamat tiba ke destinasi yang sewajarnya.