Isnin, 3 Januari 2011

KEMBALI KE SEKOLAH

3 Januari 2011 ( Isnin )

Selamat kembali ke sekolah buat semua warga SK  Sungai Jai. Semoga dengan kedatangan tahun baharu ini memberikan seribu satu inspirasi yang dapat merangsang kejayaan yang diburu.

*************************************************************************

Seawal jam 7.00 pagi sudah ada kelibat penjaga murid yang menanti dan menemani anak-anak mereka terutama murid Tahun 1 yang pertama kali menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Suasana tenang tanpa tangisan jelas menunjukkan bahawa murid-murid zaman globalisasi makin tinggi keyakinan diri dan ia memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang bermula pagi ini. 

Adalah menjadi harapan sekolah dan ibu bapa penjaga murid untuk melihat kejayaan bakal diperolehi kelak jika segalanya bermula dengan baik, insyallah balasan Allah pasti baik akhirnya, mudah-mudahan. Justeru, berusahalah bersungguh-sungguh demi mencapai hasrat kita bersama memburu kecemerlangan akademik dan sahsiah.