Ahad, 30 Januari 2011

PERTUKARAN SETARA 2011

11 Januari 2011 ( Selasa )
Setelah berkhidmat cuma setahun sebagai Guru Pemulihan, Puan Mastura Binti Yusuf akhirnya berjaya di dalam permohonan pertukaran beliau ke Sekolah Kebangsaan Taman Seri Mawar. Di dalam tempoh sesingkat itu beliau telah menunjukkan contoh guru yang baik dan rajin walaupun ketika itu sedang berbadan dua. Bilik Pemulihan yang kosong telah diceriakan sedaya mungkin dan ramai murid berjaya dipulihkan.

Sungguhpun demikian, pemergian Cikgu Mas telah diganti oleh seorang guru lelaki yang menjadi impian pihak sekolah kerana sekolah ini amat kurang guru lelaki. Kehadiran Encik Mohd Suhaimi Bin Din  memang tepat pada waktunya. Berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang, 'sekapal' dengan  cikgu Mas, dilihat sebagai warga pantai timur ini sangat seia dan sekata dalam semua aspek. Berbekalkan seribu satu pengalaman di tempat kerjaya lama dan masa depan yang cerah jika diberikan peluang kepada beliau pasti menghasilkan sesuatu yang positif.

Semoga dengan kehadiran Cikgu Suhaimi akan mewarnai panorama SKSJ dengan cara beliau yang tersendiri.