Sabtu, 8 Januari 2011

PROGRAM BAKTI MESRA PERPUSTAKAAN UKM BANGI

08 JANUARI 2011 (Sabtu)
Seawal jam 7.30 pagi, Guru Perpustakaan dan Media  (GPM) di dalam PKG Mantin telah mulai membanjiri kantin sekolah untuk turut serta menjayakan Program Bakti Mesra anjuran Perpustakaan UKM Bangi. Program yang julung kali diadakan di SK Sungai Jai ini telah disempurnakan Majlis Penutupnya oleh YB Tuan Mustafa Bin Salim ADUN Lenggeng pada sesi tengahari seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Suasana di majlis dialog
bersama GPM kawasan PKG Mantin
Bersedia untuk acara mewarna Tabika Kemas
Para ibu asyik memerhati gelagat anak masing-masing

GPM khusyuk mendengar taklimat pengurusan PSS
oleh ilmuan perpustakaan UKM

Turut serta Penghulu Lenggeng dan 
Ketua Perpustakaan UKM semasa sesi dialog

Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk komuniti kampung seperti pertandingan menganyam ketupat, sepakraga bulatan, hafazan, azan, mewarna untuk murid Tabika Kemas, Spell It Right untuk murid Tahun 6 dan majlis dialog bersama GPM serta aktiviti gotong-royong menceriakan Pusat Sumber Sekolah ini.

Sebahagian pegawai perpustakaan sedang 
menampal label sumbangan buku kepada PSS

Kelihatan wakil perpustakaan UKM sibuk 
memasang rak untuk PSS Sungai Jai

Sedang mengagihkan buku-buku untuk disumbangkan 
kepada Tabika Kemas, Perpustakaan Desa dan PSS Sungai jai

Jamuan juga turut disediakan secara gotong-royong bersama AJK PIBG sekolah dan JKKK Kampung Sungai Jai sungguh meriah dan semua yang terlibat sangat komited.

 Ucapan YB ADUN Lenggeng

Johan Azan adik Mohd Syahmir

Semoga program murni seperti ini tidak terhenti begitu sahaja tetapi susulan program akan diteruskan sebagaimana dilafazkan oleh KP Perpustakaan UKM Bangi yang menjadikan PSS SK Sungai Jai sebagai 'PSS Angkat' selaras dengan matlamat negara untuk menjadikan membaca satu amalan rakyat Malaysia yang disemai sedari awal usia kanak-kanak. Tahniah Perpustakaan UKM dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.