AKTIVITI GALAKAN MEMBACA
DI BAWAH PROGRAM NILAM JAUHARI
1. | PROJEK BANYAK MEMBACA | Mempamerkan carta skor nilam di tempat sesuai untuk menunjukkan jumlah bacaan murid. Ganjaran diberikan kepada Pembaca Terbanyak. |
2. | WALKING DICTIONARY | Pelajar memakai tag nama di mana perkataan perbendaharaan kata bagi minggu itu diperkenalkan. |
3. | AKHBAR DALAM DARJAH | Penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. |
4. | BUKU DI TANGAN | Pelajar-pelajar sentiasa bersama buku di mana-mana sahaja mereka berada. |
5. | BUKU SKRAP | Merupakan aktiviti bulanan dan bahan diambil dari petikan majalah atau akhbar. |
6. | LALUAN IQRA’ / HENTIAN ILMU | Bahan bacaan diletakan di sudut-sudut tertentu untuk dibaca murid pada waktu rehat. |
7. | MINGGU MEMBACA | AJK memilih minggu yang bersesuaian. Aktiviti yang dirancang biasanya dalam bentuk pertandingan. |
8. | JEJAK MAKLUMAT / INFO-HUNT | Kemahiran mencari bahan merupakan satu proses penting untuk mencapai pembelajaran yang berkesan. Murid dilatih mencari bahan dari: rak, keratan akhbar, VCD, CD, journal, sumber media dan glosari buku. |
9. | PROJEK PUKAL | Kotak / bakul bacaan yang dibekalkan oleh PSS dan dikendalikan oleh guru kelas. |
10. | KUIZ BESTARI | Kuiz berkaitan mata pelajaran di sekolah. |
11. | MELUKIS KULIT BUKU | Pelajar perlu membaca sebelum melukis kulit buku. Biasanya buku yang dipertandingkan tiada kulit ( buku rosak atau sedang dibaik pulih). |
AKTIVITI-AKTIVITI GALAKAN MEMBACA
DI BAWAH TAHAP RAKAN PEMBACA PROGRAM NILAM
1. | Projek CAKNA | Pelajar membaca bahan dengan diawasi dan dibimbing oleh guru mengikut jadual di tempat-tempat yang dinyatakan. Dalam aktiviti ini guru pembimbing akan membantu pelajar yang tidak boleh membaca dengan baik. Kemudian pelajar bercerita secara lisan untuk mengetahui tentang kefahaman pelajar terhadap buku yang dibaca. Pelajar yang lebih baik kefahamannya dan boleh menulis, mempersembahkan kefahaman mereka dalam bentuk grafik, komik, kartun dan kulit buku. |
2. | 1+1 = 10 | Seorang pelajar membaca sebuah buku dan disebarkan kepada 10 orang rakannya. |
3. | 30 Minit Bersama Buku | AJK memilih hari dan masa yang sesuai mengikut jadual waktu. Hari dan masa akan berubah pada minggu berikutnya, melibatkan semua warga sekolah. Aktivti membaca ditetapkan oleh guru mata pelajaran pada waktu tersebut. Catatan dimasukkan dalam buku program dan buku rekod membaca. |
4. | BERCERITA | Pelajar dapat meningkatkan kefahaman tentang sesebuah cerita dengan menceritakan semula kepada rakan lain. |
5. | MEMBACA BERSAMA | Pelajar memilih rakan-rakan yang serasi dengannya sebagai rakan membaca bersama. Mereka membaca buku yang sama untuk mencari maklumat tentang sesuatu tajuk yang mereka pilih. |
6. | KHEMAH MEMBACA | Pelajar didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran pencarian maklumat. Pelajar akan mempamirkan hasilan projek dan persembahan di akhir kursus. |
7. | HENTIAN ILMU | Bahan bacaan diletakan di sudut-sudut tertentu untuk dibaca murid pada waktu rehat. |
8. | SPELLING BEES | A chain spelling activities by a group of students. A ’Bee Master’ choose a word from a book, spell and say the word. The last person will continue to spell and say a new word according to the last alphabetical letter of the word spelled by the bee master. |
9. | MEMBUAT ‘ULAT BUKU’ | Pelajar menulis ulasan buku mereka pada kad manila yang dipotong bulat. Kad-kad ini boleh disambung-sambung untuk membentuk segmen ‘ulat buku’. |
10. | PUISI | Pelajar melahirkan respon mereka terhadap sesebuah puisi yang dibaca dengan menulis apa yang dirasai dan sebab mereka merasai begitu. |