Cuti panjang hujung minggu ini pasti dinantikan oleh semua warga SKSJ kerana dapat bersama keluarga masing-masing untuk pulang kek kampung halaman atau mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa di PWTC di saat-saat akhir sebelum berakhir pada 1 Mei 2011.
Kepada anak didik SKSJ boleh mencadangkan kepada penjaga atau ibu bapa kalian untuk turut sama mengunjungi gerai buku dan menikmati potongan harga buku-buku terpilih dan menimba pengalaman bermain di gerai tertentu untuk mendapatkan hadiah yang disediakan.
Disamping itu jangan lupa untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru-guru kerana cuti 3 hari pasti dimanfaatkan dengan sebaiknya agar tidak melakukan perkara yang sia-sia.
Sempena cuti hari pekerja marilah kita bersama-sama menghayati tema sambutan pada tahun ini iaitu "Pekerja Merealisasikan Transformasi Negara". Selamat berhujung minggu dan berhati-hati dijalan raya.