Jumaat, 27 Mei 2011

PROGRAM ADaP BERSAMA UTUSAN MALAYSIA

26 Mei 2011-Khamis-Bertempat di Dewan SK Dato' Klana Putra Lenggeng, seawal jam 8.00 pagi seramai 312  orang murid gabungan dari SK Sungai Jai, SK Kg Daching dan SK Ulu Beranang telah berkumpul bersama-sama bagi menjayakan Program Akhbar Dalam Pembelajaran ( ADaP ) bersama akhbar Utusan Malaysia. Sekalung penghargaan buat tuan rumah kerana sudi mengundang sekolah berhampiran. Terima kasih juga buat guru-guru pengiring yang terdiri daripada AJK PSS sekolah masing-masing yang sanggup menghantar peserta yang terdiri daripada murid-murid Tahap 2 yang terpilih. Syabas dan semoga maju jaya bersama ADaP.