Sabtu, 2 Julai 2011

PELAKSANAAN LARIAN SERENTAK 1M 1S 1MALAYSIA

Seawal jam 6.30 pagi sudah ada murid yang berkumpul kerana tidak sabar menantikan pelepasan larian serentak yang disempurnakan oleh Ketua Sektor Pengurusan  Akademik JPNS Tuan Mohd Isah Bin Ismail pada jam 7.45 pagi. Program yang dimulai dengan senaman robik dan bacaan doa pimpinan Cikgu Mohd Suhaimi  diikuti dengan bacaan perutusan TPM Malaysia merangkap Menteri Pelajaran YAB Tan Sri Muhiyidin Bin Mohd Yassin oleh Puan Noorasa Binti Husain. Laluan merentas desa di Kg Sungai Jai sejauh 1.5 km telah disertai oleh semua murid Tahap 2 dan Ketua Sektor bersama tuan guru besar serta barisan GPK, warga guru SKSj dan PIBG serta penjaga murid. Sekalung penghargaan kepada Pegawai Polis Balai Polis Lenggeng dan JKKK Kg Sg Jai di atas komitmen yang diberikan sepanjang majlis dilangsungkan. Majulah Sukan Untuk Malaysia, Sukan Untuk Semua.