Sabtu, 29 Oktober 2011

DI SEBALIK PIALA MALAYSIA 2011

Malam yang menjadi saksi kemenangan pasukan bola sepak Negeri Sembilan... ramai yang tidak menjangkakannya. Oleh kerana pasukan hitam putih menjadi pilihan ramai dek kesebelasan pemain muda yang bertenaga, mereka lupa bahawa kemahiran dan pengalaman pemain pasukan NS yang turun ke pentas akhir Piala Malaysia buat kali ke-3 berturut-turut tidak boleh dipandang remeh. Semangat juang yang tinggi dan tidak cepat berputus asa memang sebati di sanubari pemain lama. Begitu jugalah yang dilalui dalam kehidupan kita seharian. Belum tentu yang baru dan muda itu mampu menyaingi yang lama dalam apa aspek sekali pun seperti pasukan hitam putih. Fenomena merendahkan pasukan lawan adalah tabiat tidak elok diamalkan di zaman IT. Hal ini sering berlaku walau dalam arena apa sekalipun yang mana akhirnya mereka  merujuk semula kepada yang lama bagi mencari solusi kepada sesuatu pemasalahan. Justeru, bijaklah mengatur strategi, buat perancangan yang baik, pastikan kelengkapan mencukupi, barulah komitmen diberi sepenuh hati, amalkan integriti pasti kegemilangan menjadi realiti. Fikir-fikirkanlah... Syabas pasukan bola sepak hoben jang hoben.