7 Oktober 2011, Jumaat
Telah berlangsung satu majlis perpisahan buat Guru Penolong Kanan KO-Kurikulum SKSJ, Encik Zulkaflee Bin Nordin dalam suasana santai dan tenang. Beliau yang mula berkhidmat di SK Sungai Jai ini semenjak tahun 1998 akhirnya kembali semula ke sekolah lama beliau dengan menggalas jawatan baharu sebagai GPK HEM di SK Ulu Beranang.
Sungguh besar sumbangan beliau kepada pembangunan sekolah ini dan yang paling kami warga SKSJ bangga adalah beliau pernah membantu sekolah mengekalkan peratus kecemerlangan UPSR Bahasa Melayu Kefahaman dan Penulisan di tahap 100% selama 3 tahun berturut-turut. Rekod tersebut masih belum lagi dapat dipecahkan oleh mana-mana guru BM setakat ini.
Walau apa pun, dugaan dan cabaran yang datang, beliau tetap cekal dan tabah melaluinya demi mendidik anak bangsa sendiri di tempat sendiri. Begitu juga harapan dan doa kami buat cikgu Zul agar terus sudi menabur baktinya walau di mana beliau berada.
"Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang di telapak tangan
Walau jauh hanya lima batu