Jumaat, 27 April 2012

SELAMAT BERSARA PUAN NORIHAN ABD LATIFF

Tanggal 27 April 2012 (Jumaat)

Ternoktahnya perkhidmatan beliau sebagai GPK HEM yang telah menabur bakti selama 27 tahun di SK Sungai Jai Lenggeng. Bermula sebagai pendidik di Hulu Selangor pada tahun 1985 sebelum bertukar mengikut suami ke Sarawak dan kembali semula ke Kuala Lumpur. Beliau yang lebih mesra dipanggil 'Kak An' sememangnya sangat disenangi oleh semua warga pendidik di sekolah ini.

Sebagai penghargaan buat Kak An satu majlis yang sangat meriah telah diadakan bagi meraikan beliau di Dewan Seri Kasih bersama wakil PPDS dan AJK PIBG di sesbelah pagi. Manakala sambutan diakhiri dengan Majlis Minum Petang di Klana Resort Seremban.

Bersedia untuk perarakan masuk ke dewan.

Bersama dif-dif jemputan & warga pendidik,
AJK PIBG SKSJ mengiringi GPK HEM ke dewan.

Yang dirai dipersilakan duduk di atas pentas ala-ala pelamin.

Dulang hantaran hadiah buat Kak An.

Inilah kenderaan yang bakal
dinaiki hingga ke kediamannya.

Pesanan terakhir GPK HEM
 buat anak-anak didik SKSJ

Tinta akhir...

Kenangan terakhir.

Daripada GPK 1 SKSJ buat GPK HEM.

Bergambar kenangan
bersama Ketua Kampung Sungai Jai.

Lambaian terakhir.

Masih terukir senyuman manisnya.

Kalau ada sumur diladang, boleh kami menumpang mandi,  kalau sudi Kak An datang menjenguk kami di sini, pasti disambut dengan senang hati.

Semoga Kak An bahagia selalu bersama keluarga dan sihat selalu hendaknya. Seribu kemaafan dari kami warga SKSJ pasti merindui senda gurau senyum manismu.