Jumaat, 29 Jun 2012

PROFIL SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sungai Jai ini pada mulanya merupakan sebuahSekolah Rakyat”. Bangunan ini telah didirikan atas kesedaran ibubapa dan penduduk setempat tentang betapa pentingnya dan mustahaknya pelajaran dan pendidikan kepada anakanak setempat.

Sebelum terdirinya sekolah ini, muridmurid di kampung ini terpaksa bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Machang. Pada masa itu belum ada lagi kemudahan jalanraya dan mereka terpaksa mengharungi atau melalui jalan kecil di atas permatang sawah serta terpaksa menyeberangi tiga batang sungai yang agak lebar melalui tiga batang titian batang kelapa dan buluh.
  
Memikirkan perkara di atas, pada akhir tahun 1950 pendudukpenduduk tempatan telah mendirikan sebuah bangunan sekolah secara bergotongroyong di mana kayukayan pembinaan dibekalkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Bangku tempat duduk murid pun dibuat oleh pendudukpenduduk tempatan. Kerja pembinaan secara bergotongroyong itu diketuai oleh Yang Mulia Tuan Haji Kari Said dan DatoPenghulu Zainal Abidin b Lati, Penghulu Mukim Lenggeng. Mereka dibantu oleh DatoRentah Jalang dan empat orang ahli jawatan kuasa.

Ukuran sekolah yang didirikan oleh mereka ialah 40 kaki panjang dan 20 kaki lebar. Tingginya 11 kaki, atapnya ialah dari rumbia dan dindingnya setinggi 3 kaki sahaja. Manakala lantainya pula tidak bersimin. Tanah tapaknya adalah menumpang di atas tanah kepunyaan Puan Siti bt Salik. Sekolah tersebut mula digunakan pada 7.1.1951 dengan seramai 23 orang murid dan seorang guru merangkap Guru Besar iaitu En. Othman b Abas

Bangunan tersebut telah dirasmikan oleh Yang Amat Mulia Dato’ Klana Putra Mohd Kassim, Undang Luak Sungai Ujung pada 6 Mac 1951 dan dihadiri sama oleh Tuan Pegawai Daerah Seremban dan Nazir Sekolah – Sekolah Negeri Sembilan. Sejak dari hari itu murid – murid dari  kampung ini yang belajar di Sekolah Kampung Sungai Machang telah diarahkan pindah ke sekolah ini. Pada tahun 1954 sekolah ini mempunyai empat buah darjah iaitu dari darjah 1 hungga darjah 4. Pada tahun 1954 iaitu semasa Cikgu Zainudin b Sarin menjadi Guru Besar urusan pembelian tanah sekolah ini oleh kerajaan telah diuruskan dan diselesaikan.  Tanah tersebut ialah tanah kebun getah penduduk kampung.
 
Sesuai dengan perkembangan dan kesedaran masyarakat tempatan dari tahun ke tahun murid – murid sekolah ini semakin bertambah begitu juga bilik darjahnya. Mulai tahun 1958 sekolah ini semakin bertambah begitu juga bilik darjahnya. Mulai pada tahun 1958 sekolah ini mula mengadakan kelas bagi darjah 5 dan diikuti darjah 6 pada tahun yang berikutnya. Sejak dari itu hingga sekarang sekolah ini mempunyai enam darjah dengan enam kelas iaitu dari darjah 1 hingga darjah 6.
  
 Untuk mengatasi kekurangan tempat pada tahun 1960 sebuah bangunan separa batu (batu blok) telah didirikan oleh Kerajaan (JKR No.1051) yang mengandungi tiga buah bilik darjah dan sebuah bilik pejabat dan setor. Di samping itu bangunan asal itu tetap juga digunakan. Bangunan baru itu telah dirasmikan oleh Yang Amat Mulia Dato’ Klana Mohd Kassim Undang Luak Sungai Ujung pada 22 Julai 1961. Pada tahun 1967 sebuah lagi bangunan kayu didirikan. Bangunan ini mengandungi dua bilik darjah, manakala bangunan asal telah diperbaiki dan diubahsuai dengan atap zink dan berdinding papan dan berlantai simen. Sebenarnya tapak bangunan A telah didirikan sebuah bangunan tambahan oleh penduduk tetapi telah dirobohkan oleh angin puting beliung pada tahun 1960.
 
Pada pertengahan tahun 1978, semasa Cikgu Zainudin bin Sarin menjadi Guru Besar yang kedua, sebuah lagi bangunan konkrit satu tingkat dan bertingkap cermin telah didirikan. Bangunan ini siap dan diduduki pada akhir tahun 1979. Bangunan ini mengandungi dua bilik darjah yang boleh diubahsuai menjadi dewan, empat bilik tandas dan sebuah bilik setor. Akhirnya stor ini diubahsuai menjadi Pejabat Guru Besar.

Sehingga tahun 2004, SK Sungai Jai mempunyai enam buah blok bangunan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti lampu, kipas, makmal sains, perpustakaan dan sebagainya. Sebuah makmal komputer telah pun siap dibina dan beroperasi pada akhir tahun 2003 yang lalu. Bilangan muridmurid semakin bertambah dari tahun ke tahun. Jumlah murid SK Sungai Jai pada tahun 2004 ialah seramai 150 orang. Manakala jumlah guru yang berkhidmat di sekolah ini ialah seramai 13 orang. Tahun demi tahun, bilangan murid dan guru meningkat sehinggalah kini sekolah Sungai Jai mempunyai 17 orang guru termasuk pentadbir. 

Berita gembira diterima, pada Oktober 2009 satu blok bangunan baharu 4 tingkat telah siap dibina bagi menggantikan bangunan lama yang usang kecuali bangunan pejabat yang kini telah menjadi PSS dan bangunan batu yang dahulunya bilik darjah telah dinaik taraf menjadi sebuah dewan tertutup yang dinamakan Dewan Semarak Kasih oleh Tn Hj Nor Aziff Bin Jinoh, guru besar sekolah yang baharu.

Semenjak sekolah ini dibuka pada tahun 1950,  SK Sungai Jai telah melahirkan ramai tokoh – tokoh dalam pendidikan, perniagaan dan ahli politik. Antaranya ialah :-
 
  a) Encik Mustapha bin Salim - yang kini memegang jawatan ADUN Lenggeng.

  b) Puan Sadiah bt Mohd Yusof   - mantan  Guru Penolong Kanan 1 SK Sungai Jai

 c ) Puan Norihan bt Abd Latiff - mantan GPK HEM SK Sungai Jai dan beberapa orang lagi yang sudah berjaya.

BERIKUT SENARAI NAMA GURU – GURU BESAR SK SUNGAI JAI
71750 LENGGENG, NSDK

BIL
NAMA    
              TEMPOH
1
EN. OTHMAN B ABBAS
        6.3.1951 HINGGA 12.7.1951
2
EN. ABU BAKAR B RAIS           
        20.12.1952 HINGGA 30.6.1952
3
EN. MOHD SIDEK B JAMAL
         1.7.1952 HINGGA 6.5.1953
4
EN. ZAINUDDIN B SARIN
        20.6.1953 HINGGA 6.1.1955
5
EN. ALIAS B MD. AKIM 
        9.1.1955 HINGGA 30.4.1970
6
EN. ZAINAL ABIDIN B BUYUNG
        6.9.1972 HINGGA 30.4.1978
7
EN. ZAINUDDIN B SARIN
        1.4.1978 HINGGA 31.12.1984
8
EN. OTHMAN B RASUL  
  16.1.1984 HINGGA 15.9.1984
9
EN. SHAMSUDDIN B ABD  RAHMAN
16.12.1986 HINGGA 14.3.1991
10
EN. OTHMAN B RASUL  
1.10.1991 HINGGA 22.12.1994
11
EN. YAZID B MOHD YUSUF
1.2.1991 HINGGA 26.2.1996
12
EN. ABD RAHIM B KARIM
  27.2.1996 HINGGA 25.3.1998
13
EN. MANSOR B ABD WAHAB
    1.5.1998 HINGGA 15.5.1998
14
EN. NORDIN B MOHD NOR
16.5.1998 HINGGA 31.12.2001
15
EN. SALLEH B JORJANI
2.12.2001 HINGGA 1.6.2002
16
EN. MOHD SHAH B MOHD
 YUSOP
2.6.2002 HINGGA  30.06.2007
17
EN. NOORLIN BIN SAAD
01.07.2007 HINGGA 08.03.2010
18.
EN. ISMAIL B. MAD ISA
09.03.2010 HINGGA 15.11.2011
19.
 TN HJ NOR AZIFF BIN JINOH
    16.11.2011 HINGGA KINI