Tarikh : 21 - 23 Mac 2011
28 - 29 Mac 2011
Tempat : Stadium Paroi
Memberi peluang dan pendedahan agar menjadi satu pengalaman baharu bagi anak didik SK Sungai Jai bukan perkara baharu tetapi itu adalah sebahagian objektif warga pendidik dalam usaha membangunkan keseimbangan sahsiah dan pembangunan diri seorang murid. Walaupun ramai yang mempertikaikan kredebiliti anak kampung ini. Sesungguhnya jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Walaupun tiada prasarana yang mencukupi untuk menyediakan atlet dengan limitasi padang yang tidak rata dan keluasan kurang 60 meter persegi tidak menjadi penghalang untuk mereka mengambil bahagian di dalam acara yang dipertandingkan. Penyertaan mereka merupakan satu kejayaan di dalam keluarga mereka walaupun tidak mendapat sebarang pingat. Malahan atlet negara yang bertanding di peringkat antarabangsa pun belum tentu memperolehi pingat walaupun bertahun menjalani latihan. Semua itu bergantung pada taqdir dan ketentuanNya. Berikut keputusan pertandingan pada hari pertama sehingga hari ketiga kejohanan.
100 m lelaki 12
Amir Irfan bin Ruslan
6 saringan 8
Helmey bin Omar
3 saringan 6
100 m lelaki 10
Amirul Akhmal
separuh akhir
Mohd Syamir
separuh akhir
100 m perempuan 12
Aneesa Ezlin
6 saringan 1
Nur Aina Omar
4 saringan 8
Lontar peluru P3
Aziella Azhar
peringkat akhir
Lompat jauh L3
Amir Irfan Ruslan
peringkat akhir
4x100 m L3
Amir, Hafiz, Solehin, Helmey
5 saringan 4
4x100 m P3
Aneesa, Ilya, Natasya, Aina
6 saringan 8
Acara pada hari ke-empat dan ke-lima akan dilangsungkan pada 28 - 29 Mac 2011 bagi memberi laluan acara bolasepak ATM di Stadium Paroi. Tahniah buat atlet SKSJ. Teruskan usaha gigih di masa hadapan tanpa mengenal erti jemu dan berputus asa.