Selasa, 13 Disember 2011

Menjunjung Kasih Tuanku

Keberangkatan balik setelah genap lima tahun menaiki takhta ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong ke - 13, Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Majlis keberangkatan pulang Tuanku Mizan Zainal Abidin (Yang Di Pertuan Agung Ke 13) 2007-2011 dan Tuanku Nur Zahirah telah pun berlangsung pagi semalam (12 Disember 2012) dengan penuh istiadat diraja.
 
Tuanku Mizan yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada 26 April 2007 untuk tempoh lima tahun, berangkat meninggalkan Istana Negara pada pukul 11 pagi.

Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah sebelum itu berkenan meluangkan masa bersalaman dengan kesemua 500 petugas Istana Negara, sebelum berangkat ke Dataran Parlimen bagi upacara rasmi keberangkatan pulang baginda berdua ke Terengganu.

Baginda berdua berangkat meninggalkan Istana Negara dengan menaiki kenderaan rasmi Yang di-Pertuan Agong diiringi seramai tujuh pengiring bermotosikal serta 12 pengiring am diraja daripada Kor Armour Diraja.

Tuanku Mizan yang berpakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong yang dikenali sebagai ”muskat” turut menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan duta-duta negara serta dif-dif terhormat yang lain termasuk persembahan penuh teratur mengiringi keberangkatan baginda di KLIA..

Baginda berdua selamat tiba di Istana Maziah bagi pemasyhuran baginda sebagai Sultan Terengganu melalui majlis yang akan diadakan pada hari Rabu.