Rabu, 7 Disember 2011
Hari terakhir Encik Ismail bin Mad Isa berada di sekolah ini kerana telahpun melapor diri di SK Ampangan sebagai Guru Besar baharu di sana. Di kesempatan ini, kami bagi pihak admin blog dan warga sekolah ini mengucapkan Selamat Maju Jaya dan Terima Kasih di atas sumbangan cikgu di sekolah ini mulai 6 Mac 2010 - 7 Dis 2011.
"Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang jua."