Isnin. 2 April 2012
Hari Buku Kanak-kanak Antarabangsa disambut setiap tahun pada 2 April
sejak tahun 1967, sempena memperingati hari ulang tahun Hans Christian
Andersen yang terkenal dengan cerita kanak-kanaknya seperti “The Litte
Mermaid” , “The Ungly Duckling”, dan “The Snow Queen”. Ia diadakan untuk
menyemai rasa cinta terhadap aktiviti pembacaan selain mendorong orang
dewasa memberi tumpuan yang serius terhadap penerbitan kanak-kanak. Pada
setiap tahun pelbagai aktiviti diadakan di seluruh dunia, termasuk di
Malaysia, bagi menggalakkan aktiviti pembacaan di perpustakaan dan di
sekolah-sekolah sempena Hari Buku Kanak-kanak ini.
Dianjurkan oleh International Board on Books for Young People (IBBY),
sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang mewakili rangkaian
orang ramai dari seluruh dunia yang komited untuk menyatukan buku dengan
kanak kanak. sambutan peringkat antarabangsa akan dihoskan oleh negara
yang berbeza setiap tahun. Malah, seorang penulis terkenal dari negara
itu akan dipilih dan dijemput memberikan mesej kepada kanak-kanak di
seluruh dunia dengan seorang ilustrator terkenal untuk mereka bentuk
poster. Bahan berkenaan akan digunakan untuk mempromosikan buku dan
menggalakkan aktiviti pembacaan di perpustakaan dan sekolah-sekolah.