Isnin, 28 September 2009

Cuti Raya

Hari ini 28 Sept 2009 bersamaan dengan hari Isnin merupakan hari pertama sekolah dibuka semula setelah seminggu bercuti sempena hari raya. Boleh dikatakan kita beraya sakan tahun ini. Bagi murid-murid pasti agak liat hendak memulakan sesi pembelajaran kerana masih dalam 'mood' raya. Bagi warga pendidik apa kurangnya...pasti masih asyik lagi menikmati juadah kuih raya di bilik guru sesama sendiri di masa lapang tapi jangan terlajak pula masa untuk ke kelas masing-masing. Pasti hari ini juga merupakan hari fesyen bergaya dengan pakaian di pagi Aidilfitri barangkali. Tidak kiralah sama ada pakaian setahun lalu atau yang baharu yang penting masih nampak baharu di mata warga sekolah. Wah! Ayu dan elegan termasuk yang berbadan dua pasti nampak cantik dan sungguh bergaya. Tidak salah melaram di hari ini, asalkan tanggungjawab dan amanah yang diberi dilaksanakan sepenuhnya. Jangan lupa bermaaf-maafan di Syawal ini kerana usia yang menginjak saban tahun belum pasti menjamin kehidupan atau masihkah kita berkesempatan untuk berjabat tangan memohon keampunan jika dijemput pulang oleh Yang Esa. Tidak salah menghulurkan kemaafan dan memohon keampunan secara ikhlas yang pastinya barakah dan keredhaanNya yang dipenting. Bagi anak-anak didik sekalian, bulatkan tekad, teruskan usaha demi memenuhi impian keluarga untuk melihat kita berjaya mengecapi kecemerlangan. Selamat bertugas buat warga pendidik dan selamat berjaya buat anak didik yang dikasihi.