Selasa, 22 September 2009

Salam Aidil Fitri

Syawal tiba lagi...cuti sekolah selama seminggu meriahkan sambutan aidilfitri di kampung masing-masing. Walaupun ada yang sememangnya tiada kampung kerana di sinilah kampung mereka. Mungkin tiada masalah untuk mereka menuju destinasi yang jauh seperti yang lain. Perasaan ingin pulang barangkali tiada di hati sanubari mereka. Bagi yang ingin pulang semula meneruskan tugasan sebagai pendidik di sekolah ini, pandulah dengan berhemah (walaupun bukan anda yang memandu) ingat-ingatkanlah mereka yang memandu...Semoga selamat pulang ke destinasi yang di tuju. Sempena bulan yang penuh barakah dan kemuliaan ini, marilah sama-sama kita menghulurkan kemaafan seikhlas-ikhlasnya ketika melafazkan ucapan agar dapat menyucikan hati kita yang terpalit dengan debu dosa yang tak terkira; sama ada secara sedar atau tidak sengaja kerana manis bicara lembut gigi dari lidah dan kata-nista terkeluar tanpa dapat dikawal dek emosi yang asyik dibuai perasaan amarah atau digalakkan oleh individu yang tidak berhemah yang menuntut situasi tegang berlarutan tanpa disedari. Elakkanlah diri kita daripada anasir-anasir negatif yang cuba memporak-perandakan 'rumahtangga' kita di sekolah ini dan bersatulah hati dalam menjalani kehidupan sebagai warga pendidik yang disegani walaupun kita tidak tergolong dalam golongan profesional. Bagi mereka yang berada dalam golongan profesional. tunjukkanlah contoh yang betul dan benar kepada mereka dan bukan mereka yang mencorakkan pemikiran kita kerana dengan ketinggian ilmu belum dapat meletakkan kita untuk berada di tahap itu melainkan pengalaman yang meluas dalam pendidikan serta ketinggian peribadi (bukan isu peribadi yang menjadi fokus utama) sahaja dapat menyelesaikan sesuatu isu secara musyawarah, bukan umpatan dan kutukan menjadi platfom seperti insan yang tiada berilmu. Siapa lagi yang dapat memartabatkan profesion kita sebagai guru kalau bukan kita sendiri yang melakukannya. Justeru, dengan berakhirnya Ramadhan wajar juga jika kita mengakhiri segala sifat dan sikap negatif dari terus berleluasa dan bermaharaja lela dalam sanubari kita. Semoga kita dapat meneruskan tabiat yang dituntut dalam Islam untuk diteruskan di bulan-bulan yang mendatang tanpa sebarang alasan malah merasa seronok dapat menambahkan pahala. Semoga Allah menerima taubat dan mengampunkan dosa hambaNya dan dosa kita sesama insan juga begitu hendaknya...Waallahualam.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN -dari meja admin-