Khamis, 10 September 2009

Takziah

Al-Fathihah...
Pada tanggal 8 September 2009 jam lebih kurang 3.00 pagi Selasa telah kembalinya Tuan Haji Mohd Shah bekas guru besar SK Sungai Jai Lenggeng ke rahmatullah akibat komplikasi buah pinggang. Dalam kesibukan sekolah dan warga pendidik menguruskan Peperiksaan UPSR 2009 untuk hari yang pertama, berita kematian beliau amatlah mengejutkan. Sebagaimana yang dimaklumkan oleh rakan guru yang telah melawat beliau ketika ditahan di wad di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, beliau pada awalnya hanya mengalami demam dan disyaki denggi dan kerana alahan kepada beberapa jenis ubat telah mengakibatkan beberapa komplikasi yang kronik sehingga akhirnya beliau pergi dijemput Illahi.

Kami warga sekolah ini sangat merasai kehilangan beliau sementelah beliau berpindah ke sekolah baru pada Julai 2007. Walaupun beliau dikatakan amat tegas dan serius dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab beliau sebagai guru besar, namun disebalik semua itu beliau amat komited dan sangat mengambil berat serta amanah dalam mendidik murid-murid di samping berpegang teguh dengan prinsip agama Islam. Pelbagai aktiviti sekolah juga dijalankan untuk memastikan kecemerlangan diperolehi dan beliau amat di senangi oleh murid-murid dan amat di hormati oleh komuniti. Beliau amat berjasa kepada sekolah sehingga sekolah ini dapat melahirkan calon UPSR dengan keputusan yang sangat cemerlang saban tahun. Ianya bukanlah semudah yang disangka kerana pelbagai usaha dan program dibuat bagi mengisi keperluan tersebut tanpa sebarang alasan.

Buat keluarga allahyarham, tabahlah melalui dugaan ini kerana Ramadhan dan Syawal kali ini merupakan tahun yang amat mencabar keimanan mereka. Semoga Allah menempatkan rohnya disisi orang-orang yang beriman,insyallah. Salam takziah dari kami semua warga SK Sungai Jai khususnya dan komuniti Kampung Sungai Jai umumnya.