Jumaat, 20 November 2009

Ucapan Perpisahan

Wajahnya tenang...

Ketika berucap.

Jumaat, 20 Nov 2009 8.00 pagi.

Ketika warga sekolah ini sibuk dengan persediaan Majlis Anugerah Kecemerlangan, pihak sekolah menerima warkah mengenai pertukaran guru keluar dari sekolah ini ke SK Mantin sebagai Guru Pra Sekolah. Walaupun ianya bukan satu kejutan buat guru tersebut tetapi sebagai rakan sejawat ianya agak mengejutkan kerana beliau sangat kaya dengan pengalaman sementelah beliau juga merupakan salah seorang jurulatih di Pusat Latihan Kokurikulum ( PUSAKO ). Walaupun hanya berkhidmat di sekolah ini selama setahun sepuluh bulan namun kehadiran beliau di sini memberikan satu warna baru yang segar, ramah mesra orangnya berjiwa kental di sebalik tubuh yang kecil molek. Walau apapun yang akan dilaluinya di tempat baharu, kami warga sekolah sentiasa mendoakan yang terbaik buat Puan Siti Asiah Binti Katan @ Khalid. Anggaplah pertukaran yang tidak diminta ini menjadi titik permulaan yang membawa kebahagian dan kejayaan yang sentiasa menanti di hujung waktu. Salam kemaafan buat guru yang dikasihi murid sekolah ini dan warganya. Semoga bertambah ceria di sekolah yang baharu. Abadikanlah sejarah di SK Sungai Jai di dalam lipatan galeri hati. Selamat maju jaya.