Sabtu 21 November 2009
Cuti sekolah kini bermula. Kepada warga pendidik sekolah ini selamat pulang ke kampung masing-masing di Pulau Pinang, Langkawi, Kedah, Keratong, Terengganu, Johor, Melaka atau di mana sahaja nikmatilah cuti sepuasnya sebelum kembali semula ke sekolah untuk bermesyuarat pada 28 Disember 2009 jam 8.30 pagi. Semoga di sesi baharu persekolahan nanti akan membawa perubahan positif dari pelbagai aspek seterusnya menjana minda ke arah kecemerlangan. Bagi murid-murid sekolah ini, jagalah keselamatan semasa cuti ini dan jangan lupa ulangkaji untuk persediaan melangkah ke kelas baharu. Kepada penjaga dan ibu bapa murid sekolah ini pula, pantaulah keadaan anak jagaan kalian dan berikanlah perangsang kepada mereka untuk mengisi masa cuti mereka dengan perkara yang memberangsangkan jiwa dan pemikiran anak kita. Semoga kejayaan menjadi milik kita kelak.