Sabtu, 5 Disember 2009

Perpindahan Ke Bangunan Baru

23 Nov 2009 ( Isnin)
11.00 pagi

Bermulanya cuti sekolah memang menjadi detik indah buat semua murid dan guru, tetapi ada beberapa orang guru terpaksa menghabiskan masa cuti mereka di sekolah dengan berkemas dan memindahkan barangan mereka ke bangunan baru. Memandangkan ketika sesi persekolahan dibuka kelak pasti mereka tiada masa dan kesempatan untuk hal demikian melainkan memberikan tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran semata-mata. Sementelah keputusan UPSR 2009 yang lalu gagal mencapai target, pastinya usaha akan menjadi berlipat kali ganda menuju sasaran yang ditetapkan sekurang-kurangnya 2 orang 5A .

Berbalik kepada kisah perpindahan ke bangunan baharu, walaupun ada sesetengah murid sudi menghulurkan bantuan tenaga membantu guru mereka untuk mengalihkan barang-barang tersebut , namun tenaga sekecil itu tidak dapat menandingi tenaga dewasa di mana perabot yang besar dan diperbuat daripada besi sukar dialihkan buat masa kini.

Justeru, guru dengan tenaga wanita mereka terpaksa turun padang dengan kudrat yang terhad berdikit-dikit memindahkan mana-mana barangan yang boleh dialihkan mengikut daya upaya yang ada. Bagi guru yang bertanggungjawab terhadap bilik-bilik khas yang pelbagai, simpati dihulurkan dengan ucapan sabar dan tabahlah melaluinya kerana pengorbananmu biarlah diadili oleh Yang Maha Esa. Walaupun bergerak secara 'one man show' namun tanggungjawab wajib disempurnakan dan usah diendahkan mereka yang 'tiada'.