Sabtu, 16 Januari 2010

Majlis Sumbangan Basikal

Bergambar kenangan bersama dermawan
Pn Hjh Zainon Bt Hj Sidek yang diapit oleh
para pemimpin komuniti Kg. Sg. Jai dan
Penghulu Lenggeng serta guru besar SKSJ.

16 Januari 2010 (Sabtu) jam 9.00 pagi bertempat di dewan Sekolah Kebngsaan Sungai Jai Lenggeng, Negeri Sembilan satu majlis sumbangan 20 buah basikal kepada 20 orang murid yang terpilih bagi memudahkan mereka berulang-alik ke sekolah setiap hari.

Pn Hjh Zainon tenang
di atas kerusi rodanya.

Dermawan yang budiman itu ialah Hajah Zainon Binti Hj. Sidek yang lumpuh sebelah badan dengan bantuan suaminya telah bermurah hati menabur bakti demi anak-anak Sungai Jai yang memerlukan bantuan tersebut.

20 buah basikal yang baharu sedia untuk
diserahkan kepada pemilik yang bertuah.

Majlis turut dihadiri oleh Penghulu Lenggeng, Ketua Kampung Sungai Jai, JKKK Kg Sg Jai, NYDP PIBG SKSJ, Tuan Guru Besar SKSJ Encik Noorlin Bin Saad, warga guru dan penjaga murid yang terlibat.

    Antara para pemimpin komuniti yang turut hadir.

 Pihak sekolah amat menghargai usaha murni seperti ini dan menjadi contoh kepada yang lain untuk berbudi kepada anak desa yang sangat memerlukan bantuan. Semoga segala jasa baik beliau dirahmati oleh Yang Maha Esa. Majlis diakhiri dengan kudapan yang ringkas di kantin sekolah.