Jumaat, 15 Januari 2010

Program Tiga Penjuru 2010

Rabu
13 Januari 2010

Jam 2.30 petang satu majlis rutin tahunan telah diadakan di dewan sekolah yang disertai oleh ibu bapa penjaga murid Tahun 6 & 5 dalam usaha membangunkan semula prestasi murid di dalam memperbaiki pencapaian UPSR 2010 akan datang. Majlis perkongsian ilmu ini lebih kepada perbincangan hati ke hati untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit jika ada di samping membuat cadangan untuk kebaikan bersama di antara guru, ibu bapa dan murid.

 Guru Kelas Tahun 6 Ustazah Nurul Aishah Binti Hj Muhamad menjadi perantara majlis tersebut.

Beberapa cadangan yang dibuat adalah mengadakan Kelas Pagi seawal jam 7 atau Kelas Petang jam 3 atau pun kelas malam yang akan ditentukan kemudian selepas perbincangan dengan AJK PIBG. Rata-rata ibu bapa ada yang bersetuju kelas pagi diadakan sebagai 'warm-up' sebelum kelas P&P tetapi ada yang agak keberatan jika kelas petang dilanjutkan memandangkan murid akan bertambah letih. Bagi kelas malam pula banyak menuntut pengorbanan dari semua pihak terutama tenaga pengajar, lokasi, keselamatan dan fizikal yang kurang rehat dan pelbagai lagi. Apapun, kita tunggu keputusan rasmi selepas mesyuarat AJK PIBG kelak.

Antara waris murid yang sempat hadir terdiri daripada kalangan ibu-ibu.

Bagi calon UPSR 2010 apapun keputusan yang dibuat, TEKUN ketika belajar itu adalah kunci segala-galanya. Pembelajaran di kelas itu sudah memadai jika benar-benar dapat mengikutinya dengan baik. Latihan di rumah adalah pengukuhan kemahiran yang diperolehi di bilik darjah sudah mampu membantu kita menjawab soalan yang diberikan. Namun sebaliknya akan menyukarkan semua pihak terutama diri sendiri jika gagal menguasai kemahiran yang dipelajari. Tetapi usah berputus asa dapatkan bantuan daripada guru-guru yang difikirkan mudah didekati insyallah...usaha kita akan diberkati Illahi.

Sesi pendaftaran.

Inilah barisan guru mata pelajaran UPSR 2010 bersama tuan guru besar dan NYDP PIBG.