29 Januari 2010
Jumaat
Pihak sekolah telah didatangi oleh Pegawai Pergigian dari Klinik Pergigian Lenggeng yang menjalankan tugas mereka memeriksa dan merawat gigi murid-murid sekolah ini. Bagi murid baharu seperti murid tahun 1 nampak gayanya mereka agak berani apabila dipanggil namanya untuk rawatan gigi. Tahniah buat murid tahun 1 yang cekal hatinya. Terima kasih diucapkan kepada pegawai yang bertanggungjawab melayani karenah murid-murid yang pelbagai. Berikut antara aksi murid ketika sesi rawatan pergigian yang berkampung di sekolah ini hampir 2 minggu.
Berdebar...sabar menanti nama di panggil
Antara peralatan rawatan yang dibawa bersama.
Sedang dirawat.
Keadaan gigi yang didapati baik dan sihat.