Jumaat
29 Januari 2010
Dalam usaha untuk membangunkan semula prestasi sekolah ini, aktiviti HEM seperti latihan kebakaran tidak diabaikan. Malahan, dengan tersergamnya bangunan baharu dan lokasi baharu untuk laluan kebakaran juga berubah. Untuk itu, satu latihan kebakaran yang telah dirancangkan pada jam 11.05 pagi hari ini telah dilakukan walaupun catatan masa yang diambil agak kurang memuaskan.Menurut GPK HEM catatan terbaik perlulah kurang dari 3 minit dan beberapa perkara perlu diperbaiki di latihan yang kedua di masa akan datang. Buat semua murid SKSJ pastikan catatan pada latihan berikutnya adalah yang terbaik, okay?