Selamat Tahun Baharu Cina
13 hingga 16 Februari 2010
Sabtu - Selasa
Cuti agak panjang dan membenarkan ramai warga guru pulang ke kampung halaman masing-masing sambil meraikan jiran tetangga yang berbangsa Tionghua yang menyambut tahun baharu. Dipercayai bahawa tahun harimau pada 2010 ini membawa cabaran yang hebat seperti harimau yang turun dari puncak bukit menyerang mangsa. Bila dipandang dari aspek positif seekor harimau melambangkan keberanian yang kental jiwanya dan tidak mudah berputus asa di dalam mengharungi dugaan yang mendatang. Justeru, sebagai rakyat Malaysia yang memegang status warganegara Malaysia amnya dan seorang Muslim kita ambillah yang positif di sudut mata hati masing-masing.