Jumaat, 26 Februari 2010

LAWATAN PEGAWAI JPNS

25 Februari 2010
Khamis
8.30 pagi

Ketika aktiviti kokurikulum kelab permainan sedang dijalankan, pihak sekolah sekali lagi didatangi oleh sekumpulan Penolong Pengarah, Penyelia dan Pegawai Tadbir Diplomatik dari Unit Jaminan Kualiti JPNS yang diketuai oleh Tuan Haji Abdul Azizi. Objektif mereka adalah untuk membuat pemantau terakhir sebelum pemantauan pihak nazir seramai 15 orang yang akan tiba dan berkampung di SKSJ selama seminggu pada 22 Mac 2010 kelak.

Pihak sekolah amat berterima kasih kepada mereka kerana sudi mengunjungi sekolah kami yang baharu sahaja mendapat bangunan sekolah 4 tingkat yang baharu dan masih dalam kerja-kerja mengindahkan dan membersihkan kawasan termasuk memindahkan semula bahan PSS ke bangunan yang disediakan khas untuk PSS walaupun bukan bangunan baharu tetapi bangunan pejabat yang ditinggalkan selepas berpindah ke pejabat yang baharu. 

Tumpuan mereka bukan sahaja fizikal sekolah tetapi lebih fokus kepada pengurusan sistem pemfailan panitia dan penulisan ayat di dalam minit mesyuarat yang perlu dimurnikan lagi di masa-masa akan datang. Sekalung budi buat rombongan tersebut dan semoga teguran positif yang diberikan dapat di terima oleh semua pihak demi mencapai standard kualiti yang telah disasarkan di dalam SKPM. 

Bagi semua ketua panitia, sila bertindak sebelum terlewat dan dapatkan bantuan jika perlu. Bermusyawarah lebih baik daripada merungut sendiri tanpa penyelesaian masalah. Tindakan lebih utama daripada perkataan yang dihamburkan. Selamat merombak semula fail yang ada.