Jumaat, 26 Februari 2010

PROGRAM JEJAK MAKLUMAT 2010

18 Februari 2010
Khamis
7.40-9.00 pagi

Julung kalinya pihak pengurusan PSS sekolah telah mengadakan Program Jejak Maklumat yang berlandaskan kepada corak Program Treasure Hunt. Objektif murid perlu membina Peribahasa Melayu daripada perkataan yang diberikan melalui klu yang telah ditetapkan mengikut kumpulan. 

Sebelum memperolehi klu, murid perlu menyelesaikan beberapa halangan yang diberikan seperti mini sukaneka, word maze, puzzle, membuat buku skrap sebelum membuat pembacaan peribahasa yang dibina. Kemudian murid perlu memberikan maksud peribahasa yang telah diperolehi sebelum dikira berjaya menamatkan permainan. 

Aktiviti tersebut sebenarnya merupakan serampang dua mata di mana di samping mereka bermain, mereka juga belajar untuk membaca bagi mendapatkan maklumat dan arahan seterusnya serta bertanya jika tidak tahu atau tidak faham.

Selain daripada itu mereka juga belajar menggunakan kamus dan bahan di PSS di dalam pembelajaran mereka seharian. Walaupun masa sejam yang diperuntukkan tidak ditepati dengan 5 aktiviti yang disarankan jelas menunujukkan murid SKSJ masih lagi gagal bertindak dengan cepat dan pantas. 

Sifat sabar, bertoleransi dan mematuhi arahan tidak diapliklasikan semasa menjalankan aktiviti merupakan punca kegaggalan mereka menepati masa  Perubahan sikap tidak boleh diukur dalam masa sehari namun perlu digerakkan ke arah tersebut dan difikirkan bahawa aktiviti sebegini wajar menjadi amalan dan melibatkan semua murid.

Penambahan masa yang diberikan oleh pihak sekolah amat dihargai. Terima kasih GPK Koku di atas kerjasama dan keperihatinan terhadap aktiviti sempena Bulan Membaca Fasa 1 ini.

Kemahiran berfikir yang dipelajari di bilik darjah seolah-olah gagal diaplikasikan di luar bilik darjah. Ini perlu diberikan perhatian oleh semua guru untuk membantu anak didik kita berfikir sebelum bertindak dan memastikan tindakan yang di ambil itu adalah yang tepat dan betul. Semoga Bulan Membaca Fasa 2 yang akan diadakan kelak dapat memperbaiki sikap dan ketepatan masa mereka menyempurnakan tugasan yang diberikan. Kumpulan yang telah berjaya melengkapkan arahan adalah seperti berikut:-

          Johan           
Kelab Catur

Naib Johan 
PersatuanPusat Sumber Sekolah & Pelancongan

Ketiga         
Persatuan Sains & Matematik

 ( 3 Hadiah hamper )

Keempat   
Kelab Cegah Jenayah & Keselamatan Jalanraya

        Kelima            
Persatuan Agama Islam 

       Keenam        
Persatuan Bahasa 
( 3 Saguhati )

Tahniah kepada pemenang. Bukan anugerah yang dikejar tetapi pengisian yang diperolehi daripada aktiviti sedemikian yang perlu dipraktikkan. 

"BETULKAN YANG BIASA DAN BIASAKAN YANG BETUL"