Jumaat, 26 Februari 2010

PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN & MURID UPSR 2010

22 Februari 2010 ( Sabtu )
Bertempat di Dewan SKSJ
Masa : 8.20 pagi
Pihak sekolah telah mengundang seorang Guru Besar Cemerlang Enciik Mohd Tamyes Bin Saimun dari SK Rahang Seremban ke SK Sungai Jai Lenggeng untuk memberikan ceramah motivasi keibubapaan dan murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada 14-16 September 2010 akan datang.
Beliau yang pernah berkhidmat di Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan hampir 11 tahun di Unit Disiplin merupakan personalia yang tepat dipilih oleh pihak sekolah ini.Walaupun bukan mudah mendapatkan khidmat beliau, tetapi atas usaha dan inisiatif gabungan pihak pengurusan dan GPM akhirnya berjaya mendaptkan beliau yang sentiasa sibuk memberikan ceramah di serata ceruk negeri ini. 
Semoga banyak yang dapat dipelajari dan diperolehi oleh mereka yang dapat hadir dan cuba untuk merubah cara pemikiran dan berubah ke arah kebaikan anak-anak didik dan mereka yang memerlukan khdimat kita sebagaimana yang dikehendaki. 
Suntikan dan rangsangan daripada semua pihak diperlukan untuk berganding bahu dan membangunkan prestasi anak-anak didik walaupun terpaksa berkorban wang ringggit. Sekalung budi dan terima kasih kepada personalia jemputan, NYDP PIBG dan AJK PIBG yang turut hadir serta warga guru SKSJ yang telah memberikan khidmat bagi menjayakan program sekolah ini. Tidak ketinggalan para penjaga murid Tahun 6 yang sudi menerima jemputan pihak sekolah dan seterusnya sasaran calon UPSR bangunlah wahai anak-anakku demi masa depanmu...
Nikmatilah aksi yang sempat dirakamkan oleh jurugambar sekolah.

PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN 2010

Personalia sedang mencatat kehadiran

Aksi sedang bermotivasi

Antara ibu bapa dan penjaga murid yang sempat hadir
Antara rakan guru yang hadir

Pengacara majlis yang baharu Puan Hazlin Samah

Personalia menerima cenderamata daripada pihak sekolah

 Ketika menikmati minum pagi