Jumaat, 26 Februari 2010

SALAM MAULIDUR RASUL

26 Februari 2009 ( JUMAAT )

Salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w semoga kita beroleh akhlak yang mulia seperti baginda Rasulluallah. Hari ini cuti. Agak lama juga tidak menulis blog ini. Bukan tidak mahu mencatat tetapi kekangan masa dengan agenda tugasan yang lebih memerlukan peruntukan masa tersebut.Biasalah sebagai Guru Perpustakaan dan Media yang telah dilantik memegang amanah yang bukan kecil.  Disamping mengajar mata pelajaran teras yang dikenali sebagai killer subject, kini masa seolah-olah terlalu pantas berlari. Dengan kudrat yang terbatas mana nak kejar dengan gelagat anak-anak didik di kelas, menyambung tugas-tugas mengemas dan memindahkan barang-barang PSS yang menumpang di makmal komputer 2 tahun yang lalu kerana pembinaan bangunan sekolah. Dalam masa yang sama nak set-up semula perpustakaan sekolah di bangunan pejabat lama yang dilengkapi dengan bilik TV dan bilik fail dan tugas memproses teknik yang tidak pernah selesai...Bersabar sahajalah jawabnya....Apapun yang datang, inilah cabaran namanya...Insyallah berkat kesabaran dan tawakkal pasti semua tugas tersebut dapat diselesaikan beransur-ansur. Bagi warga SKSJ yang sedang menikmati cuti panjang 3 hari ini pasti menyeronokkan dan dimanfaatkan dengan baik. Buat GPM teruskanlah tugasan yang sangat banyak dan sambutlah cabaran ini dengan senyuman terukir di bibir...Jangan lupa banyakkan berselawat...