Jumaat, 21 Mei 2010

ATTACHMENT PROGRAMME

Satu lagi program penambahbaikan yang dijalankan oleh pihak sekolah untuk murid Tahun 6 ini yang dinamakan Program Sandaran atau 'Attachment Programme' merupakan program pertama dilaksanakan di Luak Lenggeng dan mungkin yang pertama juga di dalam daerah Seremban (barangkali juga yang pertama dalam NS -menurut Guru Besar-).  

Program yang melibatkan kerjasama dengan sekolah-sekolah yang mempunyai prestasi yang lebih baik dalam pencapaian UPSR sebelum ini menjadi sasaran utama pihak sekolah.  Hubungan baik yang terjalin di antara Guru Besar SK Sungai Jai, Encik Ismail Bin Mad Isa dengan Guru Besar sekolah-sekolah terpilih yang bersetuju membenarkan murid elit ini diletakkan bersama di dalam kelas di sekolah mereka.

Seramai lima orang murid elit terpilih yang mempunyai potensi untuk cemerlang dihantar ke sekolah tersebut untuk merasai pengalaman pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang berbeza selama satu jam sewaktu kelas tambahan bagi semua subjek UPSR.

Sekolah pertama yang dihadiri oleh mereka ialah SK Sg Machang pada tanggal 13 Mei 2010 yang lalu untuk kelas tambahan Matematik yang bermula dari jam satu hingga  dua  petang.  

Bagi sekolah kedua yang akan dikunjungi selepas ini adalah SK Seri Pagi Senawang pada tanggal 24 Mei 2010  yang dijadualkan seawal jam lapan pagi sehingga tengahari. 

Seterusnya, sekolah yang menjadi sasaran akan dimaklumkan kemudian oleh pihak pentadbir sekolah. Kepada ibu bapa penjaga, ini merupakan satu bonus di mana jarang sekali ada kesempatan sebegini diberikan oleh mana-mana sekolah. Justeru, kerjasama semua pihak bagi membiayai program ini amat diperlukan. 

Penghantaran murid ke sekolah tersebut akan diuruskan oleh pihak sekolah namun keselamatan sesebuah kenderaan amat dituntut kerana sebuah kereta hanya mampu menampung  lima orang penumpang termasuk pemandu melainkan kenderaan pelbagai guna yang boleh membawa lebih daripada enam orang tidak termasuk pemandu.

Sekalung budi buat guru besar sekolah tersebut kerana sudi menerima kunjungan ini dan jutaan terima kasih buat guru-guru sekolah terbabit yang sudi berkongsi pengalaman pengajaran dan pembelajaran untuk murid SK Sungai Jai. 

Semoga objektif program ini yang inginkan pendedahan  kepada muridnya agar dapat belajar berfikir di luar pemikiran yang sedia ada akan tercapai dan dapat membantu mereka untuk lebih berkeyakinan pada diri sendiri disamping bersaing secara sihat dalam mencapai sasaran sekolah dalam UPSR akan datang.